Dil ID: 11
Dil Adı: russia
Dil Kodu: ru11tayfun Продукция бренда JATA
Dünyanın En Büyük
Elektronik Bilgi Kütüphanesi



Mematuhi piawai
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan
dalam manual pengguna ini, perkakas selamat untuk
digunakan menurut bukti saintik yang boleh didapati
pada masa ini.
Am
Perkakas dilengkapi dengan pemilih voltan automatik
dan sesuai untuk voltan punca kuasa utama daripada
100 hingga 240 volt.
Mengecas
Cas perkakas apabila motor berhenti atau menjadi
semakin lambat.
Apabila anda mengecas pencukur buat pertama
kali setelah lama tidak digunakan, biarkan ia dicas
berterusan selama 4 jam. Pengecasan ini biasanya
mengambil masa selama lebih kurang 1 jam.
Anda juga dapat mencukur tanpa mengecas. Hanya
sambungkan pencukur kepada sesalur kuasa.
Jangan cas pencukur di dalam pau yang tertutup.
1 Pasangkan plag perkakas pada alat pencukur.
2 Masukkan plag utama ke dalam soket.
Nota: Pastikan perkakas dimatikan.
Lampu pengecasan hijau akan menyala untuk
menunjukkan bahawa pencukur sedang
mengecas.
Apabila pencukur dicaskan sepenuhnya, lampu
pengecasan hijau mula berkelip.
3 Cabutkan plag utama dari soket dinding dan
tarik keluar plag perkakas dari pencukur apabila
pencukur telah dicaskan sepenuhnya.
,
,
CHARGECHARGE
BAHASA MELAYU38