Dil ID: 12
Dil Adı: portugal
Dil Kodu: pt11tayfun Produtos da Marca JATA
Dünyanın En Büyük
Elektronik Bilgi Kütüphanesi



BAHASA MELAYU
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke
Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada
sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk
anda di www.philips.com/welcome.
Penting
Baca buku panduan pengguna ini dengan teliti sebelum
anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk
rujukan masa depan.
Amaran
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
Awas
Guna dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C
dan 35°C.
Alat pencukur ini tidak kalis air dan tidak boleh
dibersihkan di bawah paip. Pastikan alat pencukur
kering (Gamb. 1).
Keluarkan bateri dari perkakas itu jika anda tidak akan
menggunakannya untuk beberapa waktu yang lama.
Mematuhi piawai
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang
berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan
dalam manual pengguna ini, perkakas selamat untuk
digunakan menurut bukti saintik yang boleh didapati
pada masa ini.
Bersedia untuk menggunakannya
Perkakas berjalan dengan menggunakan dua bateri R6 AA
1.5-volt. Kami amat menyarankan agar anda menggunakan
bateri Philips Powerlife. Ia mempunyai kuasa yang
mencukupi untuk sehingga 60 minit pencukuran.
Memasukkan bateri
1 Tanggalkan penutup petak bateri (Gamb. 2).
2 Letak dua bateri di dalam petak bateri (Gamb. 3).
Pasikan tangan anda dan perkakas kering apabila anda
memasukkan bateri.
Pastikan pola + dan - bateri menghala ke arah yang
betul
Nota: Pencukur tidak berfungsi jika bateri tidak dipasang
dengan betul.
3 Letakkan kembali penutup petak bateri pada
perkakas (‘klik’).
Elakkan kerosakan yang disebabkan oleh
bateri yang bocor
Keluarkan bateri jika anda tidak akan mengggunakan
perkakas selama sebulan atau lebih.
Jangan biarkan bateri kosong di dalam perkakas.
Menggunakan perkakas
1 Tanggalkan penutup pelindung.
2 Tolak gelangsar hidup/mati ke atas untuk
menghidupkan alat pencukur (Gamb. 4).
3 Gerakkan kepala pencukur dengan cepat di atas
permukaan kulit anda. Pastikan gerakan lurus dan
membuat dilakukan (Gamb. 5).
Nota: Hasil pencukuran yang terbaik akan terhasil jika
muka anda kering.
Nota: Kulit anda mungkin memerlukan 2 atau 3 minggu
untuk membiasakan diri dengan sistem Philips.
4 Tolak gelangsar hidup/mati ke bawah untuk
mematikan alat pencukur.
5 Letak penutup pelindung pada pencukur
untuk mengelakkan kerosakkan pada kepala
pencukur (Gamb. 6).
-
-
-
-
-
-
,
-
-
Pembersihan dan penyenggaraan
Membersih alat pencukur dengan kerapkali untuk
menjamin prestasi pencukuran terbaik.
Setiap minggu: unit pencukur dan ruang
rambut
1 Matikan pencukur.
2 Berus bahagian luar unit pencukur dengan berus
yang disediakan (Gamb. 7).
3 Tanggalkan unit pencukur (Gamb. 8).
4 Bilas bahagian dalam unit pencukur (Gamb. 9).
5 Berus ruang rambut (Gamb. 10).
6 Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
Setiap dua bulan: kepala pencukur
Nota: Jangan menggunakan agen pembersihan atau alkohol
untuk membersihkan kepala pencukur. Hanya gunakan
Sembur Pembersihan Kepala Pencukur HQ110.
1 Matikan pencukur.
2 Tanggalkan unit pencukur (Gamb. 8).
3 Putar roda melawan arah jam (1) dan tanggalkan
rangka penahan (2) (Gamb. 11).
4 Tanggalkan kepala pencukur dari unit pencukur satu
demi satu (Gamb. 12).
Nota: Jangan bersihkan lebih dari satu pemotong dan
adangan pada sesuatu masa, kerana setiap set adalah
berpadanan. Jika anda tercampur adukkan set pemotong
dan adangan dengan tidak sengaja, ia mungkin mengambil
masa sehingga beberapa minggu sebelum mutu pencukuran
terbaik dapat dicapai semula.
5 Tanggalkan pemotong dari adangannya (Gamb. 13).
6 Bersihkan pemotong dengan tepi berus yang
berbulu pendek (Gamb. 14).
7 Berus adangan (Gamb. 15).
8 Letakkan kembali kepala pencukur ke dalam unit
pencukur.
9 Letakkan rangka penahan ke dalam unit pencukur
dan pusingkan roda arah ikut jam.
10 Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
Petua: Untuk mendapatkan prestasi pencukuran yang
optimum, kami mengesyorkan agar anda melincirkan kepala
pencukur dengan setitik minyak mesin jahit setiap enam
bulan sekali.
Penyimpanan
Letak penutup pelindung pada pencukur
untuk mengelakkan kerosakkan pada kepala
pencukur (Gamb. 6).
Penggantian
Gantikan kepala pencukur setiap dua tahun sekali untuk
mendapatkan hasil pencukuran yang optimum.
Gantikan kepala pencukur yang rosak atau haus dengan
Kepala Pencukur HQ4+ Philips Micro+ Angkat & Potong.
1 Matikan pencukur.
2 Tanggalkan unit pencukur (Gamb. 8).
3 Putar roda melawan arah jam (1) dan tanggalkan
rangka penahan (2) (Gamb. 11).
4 Tanggalkan kepala pencukur dari unit pencukur dan
gantikannya dengan yang baru (Gamb. 12).
5 Letakkan rangka penahan ke dalam unit pencukur
dan pusingkan roda arah ikut jam.
6 Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
Aksesori
Aksesori berikut boleh didapati:
Kepala Pencukur HQ4+ Philips Micro+ Angkat &
Potong
Sembur Pembersihan Kepala Pencukur Philips
HQ110 (tidak terdapat di China)
Alam sekitar
Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada
akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat pungutan
rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan
sedemikian anda akan membantu memelihara alam
sekitar (Gamb. 16).
-
-
-
-
Bateri mengandungi bahan yang mungkin mencemar
alam sekitar. Jangan buang bateri yang kosong dengan
sampah rumah biasa, tetapi lupuskannya di pusat
pemungutan rasmi untuk bateri. Sentiasa keluarkan
bateri sebelum membuang perkakas dan bawanya ke
pusat pemungutan rasmi.
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi
masalah, sila kunjungi laman web Philips di www.philips.
com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips
di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor
telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada
Pusat Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil
pengedar Philips tempatan atau Jabatan Servis Syarikat
Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips.
Pembatasan jaminan
Kepala pencukur (pemotong dan adangan) tidak ada
jaminan antarabangsa kerana ada untuk dipakai.
Menyelesaikan masalah
Masalah Penyelesaian
Mengapakan
pencukur tidak
mencukur sebaik
sebelum ini?
Anda mungkin tidak
membersihkan perkakas
dengan betul. Bersihkan
kepala pencukur dengan rapi
(lihat bab ‘Membersih dan
menyelenggara’).
Rambut panjang mungkin
tersumbat di kepala pencukur.
Bersihkan pemotong dan
adangan dengan betul dengan
berus yang dibekalkan
(lihat bab ‘Membersih dan
menyelenggaraa’).
Kepala pencukur mungkin
rosak atau haus. Gantikan
kepala pencukur (lihat bab
‘Penggantian’).
Bateri mungkin semakin
lemah. Gantikan bateri
(lihat bab ‘Bersedia untuk
menggunakan’).
Alat pencukur tidak
hidup apabila saya
menolak gelangsar
hidup/mati ke atas.
Bateri mungkin kosong.
Gantikan bateri (lihat
bab ‘Bersedia untuk
menggunakan’).
Anda mungkin telah salah
memasukkan bateri. Masukkan
bateri dengan betul di dalam
petak bateri. Pastikan titik
kutub + dan - menghala ke
arah yang betul.
-
4222.002.4942.2
4/5