
Penggantian
Ganti kepala pencukur setiap dua tahun untuk mendapat hasil cukuran yang
optimum. Gantikan kepala pencukur yang rosak atau haus dengan Kepala
Pencukur Philips HQ56 sahaja.
1 Matikan pencukur. Cabut plag sesalur utama dari soket dinding dan
cabut plag perkakas keluar daripada pencukur.
2 Tekan butang pelepas (1) dan tanggalkan unit pencukur (2).
3 Putar roda melawan arah jam (1) dan tanggalkan rangka penahan (2).
4 Keluarkan kepala pencukur dan gantikan dengan yang baru pada unit
pencukur.
5 Pasang semula rangka penahan ke dalam alat pencukur, tolaknya ke
bawah (1) dan putar rodanya mengikut arah jam (2).
6 Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori atau barang ganti, lawati ke
www.shop.philips.com/service atau pergi ke penjual Philips anda. Anda
juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di negara anda (lihat
risalah jaminan sedunia untuk butiran hubungan).
Aksesori berikut boleh didapati:
- Kepala Pencukur Philips HQ56
- Semburan Pembersih Kepala Pencukur Philips HQ110
BAHASA MELAYU 37