Dil ID: 7
Dil Adı: french
Dil Kodu: fr11tayfun Produits de la Marque JATA
Dünyanın En Büyük
Elektronik Bilgi Kütüphanesi



Menggunakan perkakas
HQ6946, HQ6906, HQ6902 sahaja:
1 Pasangkan plag perkakas pada alat pencukur.
2 Masukkan plag utama ke dalam soket.
Pencukuran
1 Tolak gelangsar hidup/mati ke atas untuk menghidupkan alat pencukur.
2 Gerakkan kepala pencukur merentasi kulit anda. Buat gerakan
membulat.
Hasil pencukuran yang terbaik akan terhasil jika muka anda kering.
Kulit anda mungkin memerlukan 2 atau 3 minggu sebelum biasa dengan
sistem pencukuran Philips.
3 Tolak gelangsar hidup/mati ke bawah untuk mematikan alat pencukur.
4 Pasang semula penutup pelindung pada pencukur setelah setiap
penggunaan untuk mengelakkan kerosakan.
Merapi (HQ6996, HQ6990, HQ6976, HQ6950, HQ6946 sahaja)
Anda boleh gunakan pengunting untuk mengunting bauk dan misai anda.
1 Tolakkan gelangsar perapi ke atas untuk membuka perapi.
Perapi dapat dihidupkan semasa motor berjalan.
Pembersihan dan penyelenggaraan
Pembersihan yang tetap menjamin prestasi pencukuran yang lebih baik.
Perkakas ini tidak boleh dibasuh. Jangan sekali-kali tenggelamkan perkakas
ke dalam air, atau membilasnya di bawah air paip.
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang
melelas atau cecair yang agresif seperti petrol atau aseton untuk
membersihkan perkakas.
- Sembur Pembersihan Kepala Pencukur Philips (jenis no.HQ110)
boleh didapati untuk pembersihan yang mudah dan optimum. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi penjual Philips anda.
BAHASA MELAYU 33